Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan di Sungai Bidut-Kwong Ming kini bermula
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan di Sungai Bidut-Kwong Ming kini bermula

Utusan Sarawak 5 hours ago
 UNTUK RAKYAT…..Lau (tiga kiri) bersama pasukan SUPP Bawang Assan turun padang meninjau perkembangan awal projek menaik taraf Jalan Kwong Ming di Sungai Bidut.

SIBU: Penduduk di kawasan Sungai Bidut bakal menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa dan selamat apabila projek menaik taraf Jalan Kwong Ming yang sering terjejas akibat banjir dimulakan semalam.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, laluan berkenaan kerap dilanda banjir terutama semasa air pasang, sehingga menjejaskan pergerakan penduduk setempat.

“Ketika melakukan lawatan ke kawasan yang terjejas sebelum ini, ramai penduduk menyuarakan harapan agar jalan tersebut diperluas dan ditinggikan bagi mengatasi masalah banjir serta memudahkan pergerakan harian mereka,” katanya.

Menurut beliau, hasil maklum balas itu, pihak SUPP mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat berkaitan sebelum mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) untuk memasukkan projek tersebut dalam pelan penaiktarafan.

“Kami telah mengemukakan permohonan agar kerja-kerja pelebaran dan penambakan jalan ini dapat dilaksanakan demi menyelesaikan masalah yang telah lama membelenggu penduduk,” katanya.

Tambah beliau, pasukannya akan terus memantau pelaksanaan projek dan bekerjasama rapat dengan penduduk setempat bagi memastikan kerja berjalan lancar dan siap mengikut jadual.

“Matlamat utama kami adalah untuk memastikan kemudahan ini benar-benar memberi manfaat dari segi keselamatan dan kemudahan kepada penduduk,” katanya lagi.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: PPD Julau sertai latihan pengungsian, pemadaman api tingkat kesedaran keselamatan kebakaran
Next: Buaya disyaki serang mangsa ditangkap di Sungai Semanok Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.