PEMAIN Nombor satu Dunia Novak Djokovic memenangi perlawanan ke-20 berturut-turut tahun ini dalam aksi sengit ketika menundukan Tennys Sandgren untuk kemenangan 6-2, 6-4 di Terbuka Western & Southen di New York.
Djokovic, yang menjuarai Terbuka Australia pada Februari, hanya memerlukan enam mata perlawanan untuk menang Straight set sekali gus mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan di gelanggang keras itu.
“Secara keseluruhan, ia adalah persembahan yang hebat,” kata Djokovic. “Saya berasa lebih baik dan bermain lebih baik daripada semalam. Saya menuju ke arah yang hebat.”
pemain American dan ke-55 dunia,sandgren tidak memberikan laluan mudah bagi sekaligu memaksa pemain serbia itu untuk berhempas pulas sebelum mencatatkan kemenangan di set kedua.
Djokovic akan berdepan dengan pemain Jerman, Jan-Lennard Struff, yang menyingkirkan pilihan ketujuh kejohanan, David Goffin 6-4, 3-6, 6-4.
Kejohanan tanpa penonton minggu ini ibarat aksi pemanas badan untuk Terbuka Amerika Syarikat (AS) di gelanggang sama pada 31 Ogos.
Ia bagi mewujudkan kelompok kuarantin di New York selepas sainagnpada kejohanan itu dipindahkan dari Cincinnati untuk mewujudkan kelompok kuarantin di New York untuk Grand Slam akan datang.
Djokovic yang bergurau meraikan kemenangannya pada Selasa dengan mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat bahagian stadium yang kosong.
“Saya melakukan pukulan dengan baik,Tapi saya masih boleh melakukannya dengan lebih baik,” katanya
Djokovic menarik diri dari acara beregu pada Ahad mengalami kesakit pada bahagian lehernya, namum Kecerderaan itu dililihat tidak menjejaskan aksinya ketika turun menentang Sandgren.
Dalam aksi wanita, pilihan keempat kejohanan Naomi Osaka menumpaskan Dayana Yastremska dalam kemenangang straight set 6-3, 6-1 pada pusingan ketiga.
Osaka, yang merupakan salah seorang daripada dua pemain dalam kelompok 10 terbaik untuk mara ke pusingan ketiga, meraih kemenangan ketika Yastremska didenda kerana melakukan kesilapan ketika saat akhir perlawanan.
Osaka meledakkan lapan ases, memenangi 83 peratus mata servis pertamanya dan mematahkan servis Yastremska empat kali.
Osaka mara ke suku akhir dan akan berdepan Anett Kontaveit, yang mengalahkan Marie Bouzkova 6-3, 6-3. -AFP