Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 91 pelajar terperangkap, tiga maut dalam runtuhan bangunan sekolah di Jawa Timur
  • GLOBAL

91 pelajar terperangkap, tiga maut dalam runtuhan bangunan sekolah di Jawa Timur

Utusan Sarawak 7 hours ago

ANGGOTA penyelamat memeriksa lokasi selepas sebuah bangunan runtuh di sebuah sekolah pondok Islam di Sidoarjo, provinsi Jawa Timur pada 29 September 2025, menyebabkan beberapa pelajar cedera dan beberapa lagi terperangkap di bawah runtuhan. Foto AFP

JAKARTA: Pasukan penyelamat giat berusaha mengeluarkan 91 pelajar yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan selepas sebuah bangunan pondok pengajian Islam berasrama Al Khozyni di Sidoarjo, Jawa Timur roboh pada Isnin, menurut pihak berkuasa.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dalam satu kenyataan memaklumkan angka terbaharu itu, berdasarkan data kehadiran pelajar adalah lebih dua kali ganda berbanding laporan awal 38 orang.

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata tiga pelajar disahkan maut, 27 lagi masih dirawat di enam hospital, manakala 70 telah dibenarkan pulang.

AHLI keluarga pelajar yang masih belum ditemui berkumpul sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan di sekolah pondok Islam Al Khoziny di Sidoarjo, provinsi Jawa Timur pada 30 September 2025, selepas sebuah bangunan bertingkat di sekolah tersebut runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan puluhan yang lain. Foto AFP

Bangunan empat tingkat itu runtuh pada petang Isnin ketika kerja-kerja menuang konkrit di bahagian tingkat atas sedang dijalankan, menyebabkan pelajar dan pekerja tertimbus di bawah runtuhan konkrit dan besi.

“Pasukan penyelamat menggali secara manual dan enam pelajar dipercayai masih hidup di satu bahagian runtuhan.

“Makanan dan minuman disalurkan melalui celahan runtuhan bagi menyokong mereka, manakala jentera berat tidak digunakan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan runtuhan susulan,” kata Abdul Muhari.

Beliau berkata, punca runtuhan dikaitkan dengan kegagalan teknologi pembinaan.

PETUGAS perubatan menunggu di sebelah ambulans sementara pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas sebuah bangunan runtuh di sebuah sekolah pondok Islam di Sidoarjo, provinsi Jawa Timur pada 29 September 2025, menyebabkan beberapa pelajar cedera dan beberapa lagi terperangkap di bawah runtuhan. Foto AFP

Penyelaras Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Nanang Sigit berkata cabaran utama dalam operasi itu ialah struktur bangunan yang tidak kukuh serta timbunan konkrit yang menyukarkan pergerakan pasukan penyelamat.

Suasana penuh emosi menyelubungi kawasan sekolah dan hospital, dengan ramai ahli keluarga menanti berita mengenai pelajar yang masih hilang atau sedang menerima rawatan.

Ketua sekolah pondok, KH Abdus Salam Mujib kemudian tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga cedera, gempa bumi 6.5 skala Richter landa Jawa Timur
Next: Lapan maut, lombong emas runtuh di Malawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.