Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Ubat penurun berat badan mungkin kurangkan risiko kanser kepada mereka yang obesiti
  • KESIHATAN

Ubat penurun berat badan mungkin kurangkan risiko kanser kepada mereka yang obesiti

Utusan Sarawak 22 hours ago
GAMBAR hiasan

ISTANBUL: Ubat-ubatan seperti Ozempic dan Wegovy, yang popular untuk diabetes dan penurunan berat badan, mungkin dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, menurut kajian yang diterbitkan penyelidik Universiti Indiana dan Universiti Florida, lapor Anadolu Ajansi.

Kajian itu menyemak rekod kesihatan lebih 86,000 orang dewasa dengan obesiti. Kira-kira separuh daripada mereka mengambil agonis reseptor GLP-1 iaitu  ubat yang merangkumi Ozempic dan Wegovy manakala separuh lagi tidak mengambilnya.

Lama kelamaan, mereka yang mengambil ubat-ubatan itu mempunyai risiko kanser keseluruhan yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambilnya, menurut penemuan penyelidik. Pengurangan terbesar dilihat untuk kanser endometrium, kanser ovari dan meningioma iaitu sejenis tumor otak.

Pada masa yang sama, ubat-ubatan itu dikaitkan dengan kemungkinan risiko kanser buah pinggang yang lebih tinggi, walaupun peningkatan itu tidak dianggap kukuh secara statistik.

Kajian ini tidak membuktikan ubat-ubatan itu secara langsung mengurangkan atau meningkatkan risiko kanser, tetapi ia menunjukkan kaitan yang jelas yang menurut penyelidik memerlukan kajian susulan jangka panjang.

Ubat GLP-1 digunakan secara meluas di AS, pada mulanya untuk diabetes jenis 2 dan semakin meningkat penggunaannya untuk pengurusan berat badan.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Penggunaan teknologi digital dan AI jadi kunci basmi rabies menjelang 2030
Next: Pembedahan ganti sendi pinggul harian: Inovasi penjagaan kesihatan moden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.