

JADUAL VAKSINASI…Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma untuk anjing di kawasan sekitar Lawas. Foto: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak
LAWAS: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan melaksanakan Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma untuk anjing di Daerah Lawas sepanjang bulan Oktober dan November ini.
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, sudah tiba masanya haiwan peliharaan seperti anjing dilindungi sepenuhnya melalui program ini yang akan turun padang secara langsung ke kampung terpilih di Lawas.


JADUAL VAKSINASI…Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma untuk anjing di kawasan sekitar Lawas. Foto: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak
“Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma untuk Anjing akan diadakan di kawasan Lawas Damit bermula 7 hingga 10 Oktober, Long Sukang pada 13 hingga 15 Oktober, Merapok dari 20 hingga 23 Oktober, Trusan Lawas pada 27 hingga 30 Oktober, dan Jalan Trusan Lawas bermula 11 hingga 14 November.
“Program diadakan pada waktu operasi harian bermula 9.30 pagi hingga 3.00 atau 5.00 petang,” kata kenyataan media hari ini.

Orang ramai diminta memastikan anjing mereka berumur tiga bulan ke atas, dalam keadaan sihat, dan tidak bunting atau menyusu.
“Sila bawa kad pengenalan pemilik dan kad vaksin anjing yang sedia ada (jika ada). Selepas pemvaksinan, kuarantin anjing anda selama 28 hari bagi membina imuniti optimum dan pastikan anjing tidak berkeliaran di tempat awam,” tambah kenyataan tersebut.
Oleh Adeng Edrus