Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • “Saya masih MP Amanah” -Salahuddin Ayub
  • NASIONAL

“Saya masih MP Amanah” -Salahuddin Ayub

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 26 Ogos -- Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) ketika sidang media bersama Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kiri) selepas menghadiri Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kanan). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA … Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) ketika sidang media bersama Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kiri) selepas menghadiri Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kanan). • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Salahuddin Ayub menafikan khabar angin, kononnya beliau bersama lima lagi Ahli Parlimen dari parti itu akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Pulai itu menyifatkan khabar angin itu hanya ‘cubaan nakal’ yang semata-mata bertujuan menarik beliau serta yang lain untuk melompat parti.

“Saya masih lagi Parlimen Amanah dan lima yang lain masih lagi duduk di kerusi pembangkang sebagai Ahli Parlimen pembangkang,” katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Terdahulu menurut satu sumber maklumat yang disebar ramai menerusi media sosial, enam Ahli Parlimen Amanah dikatakan akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat, bagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengelakkan krisis politik kembali berulang.

Parti Amanah ketika ini mempunyai 11 Ahli Parlimen.

Salahuddin berkata, ini adalah kali kedua beliau dilanda khabar angin serupa, apabila sebulan lalu dia didakwa menjadi dalang bersama dua lagi Ahli Parlimen Amanah dikatakan akan melompat parti.- Bernama

Continue Reading

Previous: Toleransi kunci keamanan, kedaulatan negara
Next: PKSK: 400,000 pelajar dijangka memohon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.