Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah terbakar berhampiran Taman Negara Lambir Miri
  • KEBAKARAN

Kereta musnah terbakar berhampiran Taman Negara Lambir Miri

Utusan Sarawak 4 days ago

TERBAKAR…Pasukan bomba memadamkan api yang memusnahkan sebuah kereta dalam kejadian di di Jalan Miri-Bintulu berhampiran Taman Negara Lambir di Miri, pagi tadi.

MIRI: Sebuah kereta musnah terbakar dalam satu insiden yang berlaku di Jalan Miri-Bintulu berhampiran Taman Negara Lambir, di sini, pagi tadi.


Menurut , Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 6.33 pagi.

“Pasukan keluaran pertama (FRT Scania) bersama unit EMRS bergegas ke lokasi kejadian sejauh 28 kilometer.

“Operasi pemadaman dimulakan sebaik tiba pada 7.03 pagi dan api berjaya dikawal tiga minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TERBAKAR…Pasukan bomba memadamkan api yang memusnahkan sebuah kereta dalam kejadian di di Jalan Miri-Bintulu berhampiran Taman Negara Lambir di Miri, pagi tadi.

Operasi dilakukan dengan menggunakan dua aliran bantu mula dari tangki jentera untuk memadamkan api.

Kejadian itu mengakibatkan kereta tersebut musnah keseluruhan.

Bagaimanapun,  tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.16 pagi.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 29 pintu Rumah Panjang Austin musnah dijilat api di Song
Next: Eksklusif: “Tiada apa dapat diselamatkan kecuali nyawa” – mangsa kebakaran Rumah Panjang Austin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.