Tumpahan minyak di Jalan Melayu, BBP Lutong bertindak pantas kawal situasi

Facebook
WhatsApp

MEMBERSIHKAN …Pasukan bomba membersihkan tumpahan minyak di Jalan Melayu, Miri, malam tadi. 


MIRI: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai insiden tumpahan minyak yang berlaku di Jalan Melayu, di sini, malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima pada 9.02 malam sebelum sebuah jentera Tender Penyelamat Kebakaran (FRT) Scania dari BBP Lutong bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi.

MEMBERSIHKAN …Pasukan bomba membersihkan tumpahan minyak di Jalan Melayu, Miri, malam tadi. 

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati terdapat tumpahan minyak seperti dilaporkan.

“Komander operasi kemudian menjalankan kerja pembersihan menggunakan tanah dan pasir bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi terkawal pada 9.21 malam dan selesai sepenuhnya pada 9.36 malam.