Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RM2.6 juta transaksi RON95 direkod hari pertama BUDI95
  • SEMASA

RM2.6 juta transaksi RON95 direkod hari pertama BUDI95

Utusan Sarawak 2 weeks ago
PEGAWAI tentera Mejar Tentera A. Aaron Steve (kanan) bersama Leftenan Muhammad Afiq Abu Bakar mengisi minyak pada hari pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi kumpulan pertama melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di salah sebuah stesen minyak di Senai hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.6 juta pembelian petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter, direkodkan pada hari pertama pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95), setakat 9.00 malam ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu, melibatkan pembelian kira-kira 1.3 juta liter petrol oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang merupakan kumpulan pertama menikmati inisiatif berkenaan.

“Berdasarkan laporan di lapangan, urusan BUDI95 berjalan lancar dengan sistem BUDI95 stabil dan pembacaan MyKad oleh terminal di stesen minyak beroperasi dengan baik.

“Kementerian Kewangan merakamkan penghargaan kepada semua anggota ATM dan PDRM yang menjadi kumpulan terawal memanfaatkan BUDI95,” menurut kenyataan MOF, malam ini.

Bermula esok, BUDI95 akan diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori B40, sebelum pelaksanaannya dilaksanakan sepenuhnya pada 30 September, melibatkan sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Sejak portal BUDI95 dilancarkan pada 25 September lepas, sebanyak 8.1 juta pengguna telah membuat semakan kelayakan untuk menerima subsidi RON95.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BUDI95 di www.budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan 1-300-88-9595.

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kuching Selatan perkukuh hubungan ekonomi, budaya dengan Wilayah Henan, China
Next: Tarif elektrik kompetitif, strategi Sarawak tarik pelabur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.