
Bashar al-Assad.
DAMSYIK: Hakim Penyiasat di Damsyik, Tawfiq al-Ali, berkata pada Sabtu waran tangkap dikeluarkan secara in absentia terhadap bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).
Hakim al-Ali memberitahu SANA bahawa waran itu merangkumi pertuduhan membunuh dengan niat, penyeksaan sehingga membawa kepada kematian serta penafian kebebasan.
Keputusan kehakiman itu membuka ruang untuk mengedarkan waran berkenaan melalui Interpol dan membawa kes terbabit ke peringkat antarabangsa.
Langkah itu dibuat sebagai respons kepada saman yang difailkan oleh keluarga mangsa di Daraa berkaitan insiden pada 23 November 2011. – BERNAMA-SANA