Covid-19: Kes jangkitan semula di Hong Kong

Facebook
WhatsApp
PAKAI PPE… Petugas kesihatan memakai sut perlindungan diri (PPE) ketika memasuki pusat jagaan warga emas Lei Muk Shue di Hong Kong. • Foto AFP

PARIS: Sekumpulan pengkaji di Hong Kong pada Isnin, mengenal pasti dan mengesahkan kes pertama di dunia membabitkan jangkitan se- mula Covid- 19.

Dapatan itu menimbulkan persoalan mengenai ketaha-nan imuniti, sama ada ia bo- leh diperoleh secara semula jadi atau memerlukan vaksin.

Pakar Mikrobiologi di Fakulti Perubatan, Univer- siti Hong Kong, Kelvin Kai Wang To berkata, ada kebarangkalian bagi bekas pesakit Covid-19 untuk dijangkiti semula.

“Kajian kami menunjukkan imuniti bagi jangkitan Covid tidak bertahan lama, bahkan jangkitan semula boleh berlaku agak pantas,” katanya dalam wawancara dengan AFP.

Pendedahan mengenai po- tensi bagi jangkitan semula wabak itu selepas insiden membabitkan seorang lelaki warga Hong Kong berusia 33 tahun yang melalui sa- ringan mandatori awal bu- lan lalu di lapangan terbang Hong Kong selepas pulang dari Eropah.

Ujian calitan yang dilakukan itu mendapati beliau positif Covid-19. Berita itu amat mengejutkan kerana lelaki itu sudah disahkan pulih sepenuhnya selepas didapati dijangkiti wabak itu kira-kira empat bulan lalu dan dianggap mempunyai imuniti khususnya selepas melepasi jang- kitan sama.

Bagi mengenal pasti sama ada lelaki itu dijangkiti se- mula atau ia tersebar mela-lui virus Covid-19 baharu, Kai-Wang To bersama kumpulan penyelidiknya menghimpunkan kedua-dua jenis virus berkenaan dan membandingkan genom dan kod genetiknya.

Hasil daripada kajian itu mendapati kedua-dua virus itu adalah berbeza daripada sudut baka atau kumpulan.

“Virus ini bermutasi setiap masa. Agak mustahil untuk bekas pesakit Covid- 19 untuk mendapat virus kedua ketika jangkitan pertama,” katanya.

Sementara itu, Pe- runding Kanan Saintifik bagi projek genom Covid-19 di Welcome Sanger Institute, turut mengulas mengenai da- patan kajian berkenaan.

“Kajian ini menghuraikan bukti kukuh jangkitan semula berbanding penyelidikan terdahulu. Ini disebabkan ia menggunakan turutan genom bagi virus untuk mengasingkan kedua-dua jenis jangkitan,” katanya.

Setakat ini, banyak kes di- syaki sebagai jangkitan semula dilaporkan, bagaimanapun masih belum ada kajian yang menunjukkan virus itu berkemungkinan masih ada dan muncul semula selepas beberapa minggu atau bulan. – AFP