Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kuching Selatan, Guro perkukuh hubungan persahabatan melalui pertukaran budaya
  • SEMASA

Kuching Selatan, Guro perkukuh hubungan persahabatan melalui pertukaran budaya

Utusan Sarawak 2 weeks ago
MAJLIS Pembukaan G-Festival dan G-Valley Necktie Run di Guro, Korea Selatan malam tadi.

GURO (Korea Selatan): Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Zaiedi Suhaili telah menghadiri Majlis Pembukaan G-Festival dan G-Valley Necktie Run di Guro, Korea Selatan malam tadi, mewakili Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Penyertaan tersebut sekali lagi menyerlahkan ikatan persahabatan dan hubungan budaya yang erat antara Kuching Selatan dan Guro.

PENARI dari Kampung Budaya Sarawak mempersembahkan tarian kebudayaan penuh warna-warni yang berjaya memperkenalkan warisan kaya Sarawak kepada masyarakat Guro.

Sebagai sebahagian daripada acara pembukaan, penari dari Kampung Budaya Sarawak mempersembahkan tarian kebudayaan penuh warna-warni yang berjaya memperkenalkan warisan kaya Sarawak kepada masyarakat Guro.

Dato Zaiedi turut diundang sebagai tetamu kehormat bersama Datuk Bandar Guro dan beberapa kenamaan lain untuk merasmikan festival berkenaan, sekali gus menandakan simbolik kesatuan dan pertukaran budaya kedua-dua pihak.

RASMI… Dato Zaiedi turut diundang sebagai tetamu kehormat bersama Datuk Bandar Guro dan beberapa kenamaan lain untuk merasmikan Majlis Pembukaan G-Festival dan G-Valley Necktie Run di Guro, Korea Selatan malam tadi.

Penyertaan tersebut juga membalas kunjungan delegasi dan kumpulan kebudayaan Guro yang tampil membuat persembahan sempena Kuching Festival tahun lalu. 

Sejak termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) Bandar Persahabatan, Kuching Selatan dan Guro giat menjalankan pertukaran budaya serta delegasi belia bagi memperkukuh hubungan rakyat dengan rakyat.

FESTIVAL… G-Festival dan G-Valley Necktie Run di Guro, Korea Selatan.

Dato Zaiedi dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan atas layanan mesra yang diberikan oleh pihak Guro serta menegaskan komitmen Kuching Selatan untuk terus memperdalam persahabatan melalui program pertukaran budaya, sosial dan belia pada masa akan datang.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi lemah magntud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat – MetMalaysia
Next: CUEPACS mohon kerajaan kaji had dan mekanisme penggunan petrol penjawat awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.