Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Transformasi kesihatan negara fokus utama Karnival Santuni MADANI dan Jelajah ANMS 2025
  • Utara
  • WILAYAH

Transformasi kesihatan negara fokus utama Karnival Santuni MADANI dan Jelajah ANMS 2025

Utusan Sarawak 1 week ago
BERUCAP…Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika berucap pada  Karnival Santuni MADANI & Jelajah ANMS 2025 hari ini.

MIRI: Karnival Santuni MADANI dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025 yang berlangsung di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir hari ini menekankan transformasi kesihatan negara daripada konsep penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan menyeluruh.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, yang juga Ahli Parlimen Sibuti.

Menurut beliau, ANMS merupakan payung besar kesihatan awam negara yang bertujuan menggalakkan pembudayaan hidup sihat serta kelestarian persekitaran.

“Kesihatan yang baik bukan sahaja berkaitan rawatan penyakit, tetapi turut merangkumi aspek sosial, pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

“ANMS memberi tumpuan kepada usaha kolektif kerajaan, komuniti dan swasta bagi membina masyarakat yang sihat, berdaya tahan dan produktif,” katanya.

SEKITAR Karnival Santuni MADANI & Jelajah ANMS 2025 di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir di Miri hari ini.

Program dua hari itu menghimpunkan lebih 20 agensi kerajaan, swasta dan NGO dengan pelbagai aktiviti termasuk saringan kesihatan percuma, zon kerjaya, pertandingan futsal, sepak takraw, sukan rakyat, jualan Rahmah dan sesi ceramah kesedaran kesihatan serta isu sosial.

Datuk Lukanisman turut berkongsi dapatan Tinjauan Literasi Kesihatan Malaysia 2023 yang menunjukkan 27 peratus rakyat masih berada pada tahap literasi kesihatan terhad manakala data NHMS 2023 merekodkan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, hipertensi dan obesiti.

“Sehubungan itu, ANMS digerakkan bagi meningkatkan kesedaran, literasi serta tindakan kesihatan kendiri dalam kalangan masyarakat.

“Selain advokasi kesihatan, karnival tersebut juga menjadi medan intervensi kepada isu sosioekonomi setempat termasuk kemiskinan, keciciran pendidikan, penyalahgunaan dadah dan peluang kerjaya,” ujarnya.

Penganjuran Santuni MADANI & Jelajah ANMS 2025 di Sibuti diharap mampu menjadi titik tolak melahirkan komuniti lebih sihat, sejahtera dan inklusif, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pesta Pulau Bruit 2025 meriah, pacu impak ekonomi dan pembangunan setempat
Next: Dialog RMK13 di Miri satukan komuniti untuk pembangunan lebih berkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.