Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Raptai penuh Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 berjalan lancar
  • SUKAN

Raptai penuh Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 berjalan lancar

Utusan Sarawak 3 days ago
SUKAN BORNEO… Raptai penuh Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak malam ini berjalan lancer. Foto UKAS

PETRA JAYA: Raptai penuh Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak malam ini berjalan lancar, sekali gus menjadi persiapan akhir sebelum acara rasmi penutupan 28 September, Ahad ini.

SUKAN BORNEO… Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu dengan melibatkan simulasi penuh atur cara majlis malam ini. Foto UKAS

Raptai berkenaan disaksikan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu dengan melibatkan simulasi penuh atur cara majlis termasuk ketibaan dif-dif kenamaan, nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, persembahan selamat datang serta bacaan doa.

Dalam pada itu, pasukan teknikal, urus setia, pengacara majlis dan barisan persembahan turut menumpukan perhatian kepada aspek penyelarasan terakhir bagi memastikan kelancaran majlis penutupan sebenar.

Sesi raptai juga memberi fokus kepada acara penyampaian anugerah atlet terbaik lelaki dan wanita, tayangan video khas serta persembahan hiburan yang bakal menjadi tarikan utama pada malam penutupan nanti.

SUKAN BORNEO… Raptai penuh Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak malam ini berjalan lancer. Foto UKAS

Sukan Borneo 2025 yang dianjurkan di Kuching sejak 24 September lalu bukan sahaja menjadi medan persaingan atlet, tetapi turut menjadi platform memperkukuhkan hubungan serantau berasaskan semangat kesukanan.

Majlis penutupan rasmi dijadualkan berlangsung pada Ahad ini bermula 8.00 malam dan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara, Datu Hamdan Sharbini.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sukan Borneo 2025: Sarawak dominasi renang, raih lebih banyak emas
Next: Karnival Sukan Borneo 2025 meriah, raikan semangat komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.