Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak ungguli emas badminton lelaki selepas tundukkan Sabah
  • SUKAN

Sarawak ungguli emas badminton lelaki selepas tundukkan Sabah

Utusan Sarawak 3 days ago
SKUAD badminton lelaki Sarawak muncul juara berpasukan selepas menumpaskan Sabah 4-1 pada Sukan Borneo Kuching 2025. Foto UKAS

KUCHING: Pasukan badminton berpasukan lelaki Sarawak mencipta kejutan manis apabila menundukkan musuh tradisi, Sabah 4-1 sekali gus menghadiahkan pingat emas pada temasya Sukan Borneo Kuching (BGK) 2025.

Sarawak bermula cemerlang menerusi pemain perseorangan, Goh Shun Huat yang menewaskan Victor Yap Ka How 21-8, 21-17, sebelum Sabah menyamakan kedudukan melalui pasangan beregu, Eddrall Atek Deavis dan Hymns Shim.

Namun, kebangkitan Sarawak diteruskan oleh perseorangan kedua, Shawn Hiu yang bangkit selepas kalah set pertama untuk menundukkan Muhammad Nur Azhar 15-21, 21-11, 21-14.

Kemenangan itu membuka jalan kepada pasangan Kong Chee Kiet dan Barrie Chong Kwang Wei yang menutup saingan dengan menewaskan Muhammad Yasrin dan Syazwansyah Suriansa 21-13, 21-17 sekali gus mengesahkan emas menjadi milik Sarawak.

Kalimantan Timur berada di tempat ketiga selepas menewaskan Labuan.

Oleh Amanda L & Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Sarawak terus unggul di Sukan Borneo Kuching 2025
Next: Sukan Borneo Kuching 2025: Sarawak rangkul emas boling padang beregu campuran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.