Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak terus unggul di Sukan Borneo Kuching 2025
  • SUKAN

Sarawak terus unggul di Sukan Borneo Kuching 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO: Ukas

PETRA JAYA: Sarawak terus mendominasi saingan Sukan Borneo Kuching (BGK) 2025 dengan mengumpul 47 pingat keseluruhan setakat semalam, merangkumi 16 emas, 19 perak dan 12 gangsa. Sabah di kedudukan kedua dengan 26 pingat, manakala Kalimantan Timur di tempat ketiga dengan tujuh pingat.

Di gelanggang badminton, skuad lelaki Sarawak menghadiahkan emas berpasukan pada sesi pagi, sekali gus membuka jalan kepada peluang menambah kutipan menerusi acara individu pada sebelah petang.

Chef de Mission (CDM) kontinjen negeri, Datuk Dr Ripin Lamat berkata kemenangan itu menjadi pemangkin semangat dan beliau mahu momentum diteruskan dalam baki pertandingan.

“Kejayaan berpasukan lelaki menjadi isyarat positif.

“Saya yakin pemain kita mampu mengekalkan prestasi untuk menambah koleksi emas dalam kategori individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Stadium Perpaduan Petra Jaya, hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu, BGK bukan sahaja medan meraih kejayaan, malah platform penting bagi persiapan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 serta Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027.

Beliau optimis kontinjen tuan rumah mampu menyerlah dalam pelbagai acara lain sepanjang berlangsungnya temasya pada hari kedua pertandingan.

Oleh Amanda L & Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Terbuka Korea: Beregu campuran negara tersingkir di suku akhir
Next: Sarawak ungguli emas badminton lelaki selepas tundukkan Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.