Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Advokasi Kesihatan Mental perkasa peranan ketua komuniti
  • WILAYAH

Program Advokasi Kesihatan Mental perkasa peranan ketua komuniti

Utusan Sarawak 2 weeks ago
DATUK Mohammad Razi Sitam bersama Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Program Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti, Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) Bahagian Betong 2025. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir telah menghadiri Program Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti, Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) Bahagian Betong 2025 yang berlangsung di Inap Desa Wan Brunei di sini hari ini.

Turut hadir dalam program itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, wakil Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang, wakil Pegawai Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh serta ketua-ketua masyarakat dari kawasan Kabong.

DATUK Mohammad Razi Sitam bersama Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Program Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti, Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) Bahagian Betong 2025. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Inisiatif K-MindSet yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2024 merupakan usaha memperkasakan ketua komuniti dalam memainkan peranan lebih proaktif terhadap isu-isu kesihatan mental.

Melalui Modul Latihan Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti, program ini menekankan gabungan teori dan praktikal yang memberi pendedahan berhubung pengesanan awal masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

DATUK Mohammad Razi Sitam bersama Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Program Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti, Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) Bahagian Betong 2025. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Objektif utama program adalah meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan mental serta memperkukuh peranan ketua komuniti sebagai barisan hadapan dalam membantu mengesan dan memberi sokongan awal kepada individu yang berdepan cabaran mental.

Penganjuran kali ini adalah hasil kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Betong bersama pelbagai agensi berkepentingan di peringkat daerah, bagi memastikan mesej kesihatan mental dapat disampaikan dengan lebih meluas.

DATUK Mohammad Razi Sitam bersama Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Program Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti, Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) Bahagian Betong 2025. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Program ini juga memperlihatkan  keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesejahteraan rakyat, selaras dengan usaha melahirkan masyarakat sejahtera, inklusif dan peka terhadap isu kesihatan mental.

Sebelum sesi advokasi bermula, tetamu kehormat turut menziarahi beberapa pemohon bantuan di sekitar Kabong sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis minta bantuan orang ramai jejaki warga emas hilang
Next: UM kukuhkan tenunan Sungkit Iban Batang Ai melalui pemetaan corak dan pendokumentasian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.