Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ubah Balingian jadi daerah menjelang 2026
  • TEMPATAN

Ubah Balingian jadi daerah menjelang 2026

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Salah seorang peserta menerima sijil daripada wakil rakyat pada program tersebut.

BALINGIAN: Mengubah Daerah Kecil Balingian sebagai sebuah daerah yang progresif memang merupakan impian setiap wakil rakyat tempatan.

Justeru bagi merealisasikan hasrat ini, sebanyak mungkin pembangunan perlu dibawa ke kawasan tersebut.

“Saya ingin melihat kawasan DUN Balingian ini maju ke depan seperti tempat-tempat lain di negeri Sarawak terutama daripada dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi, seterusnya menaik taraf daerah kecil ini menjadi sebuah daerah pada tahun 2026 kelak,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Beliau menambah kata, hanya kerajaan yang teguh dan padu sahaja mampu mentransformasikan kawasan luar bandar seperti Balingian menjadi seperti yang dirancang.

“ Hanya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang boleh melakukannya kerana kerajaan negeri adalah teguh dan bersatu, justeru boleh memberi tumpuan penuh untuk membangun rakyat dan negeri ini,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ‘Agriculture Community Outreach Program(ACOP) yang diadakan di Dewan Serbaguna Bayan Ulu, dekat sini Ahad lalu.

Oleh itu beliau menasihatkan penduduk tempatan untuk tidak terpengaruh dengan apa yang disebarkan melalui media massa bagi meracuni fikiran mereka terutama tentang perkara-perkara tidak sahih dan sebagainya.

“Gabungan parti komponen di bawah GPS adalah sangat utuh dan bersatu padu atau bekerjasama di dalam memperjuangkan hak rakyat dan negeri ini. Saya berharap rakyat kita akan berdiri teguh di belakang kerajaan negeri sedia ada yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” kata dia lagi.

Menyentuh mengenai program ACOP, Yakub berkata ia bertepatan kerana bidang pertanian amat luas dan apatah lagi sekarang negara masih mengimport produk-produk pertanian dari luar.

“Potensi bidang pertanian sememang amat besar di negeri kerana kita mempunyai kawasan cukup luas untuk bidang pertanian. Dengan usaha ini kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada import makanan dari luar dan sebagainya yang berkaitan pertanian,” ujar Yakub.

Justeru beliau entiasa mengalukan apa juga program yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Pertanian untuk memperkasa bidang pertanian di kawasan Balingian.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Peranan ATM,PDRM, PGA dihargai
Next: Projek Lebuh Raya Pan Borneo siap 52 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.