Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UPSI perkukuh kelestarian warisan adat Iban melalui syarahan utama
  • TEMPATAN

UPSI perkukuh kelestarian warisan adat Iban melalui syarahan utama

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGUCAP Utama, Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang bergambar bersama Datuk Sri John Sikie dan barisan pengurusan tertinggi UPSI sempena Majlis Syarahan Utama Jaku Tangkai Mengandai di Auditorium Muzium Budaya Borneo.

KUCHING: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Majlis Syarahan Utama Jaku Tangkai Mengandai di Auditorium Muzium Budaya Borneo hari ini, sebagai usaha memperkukuh pemeliharaan warisan bahasa dan budaya etnik Sarawak, khususnya masyarakat Iban.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sri John Sikie Tayai menegaskan kepentingan bahasa dan budaya sebagai nadi pembentukan bangsa.

DATUK Sri John Sikie ketika berucap pada majlis Syarahan Utama Jaku Tangkai Mengandai di Auditorium Muzium Budaya Borneo.

Beliau menekankan bahawa identiti masyarakat akan hilang sekiranya bahasa dan budaya tidak dipelihara.

Ikon adat Iban, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang, yang tampil sebagai penyampai syarahan utama, mengupas falsafah hidup, kebijaksanaan serta nilai moral yang terkandung dalam warisan intelektual masyarakat Iban.

MAJLIS Syarahan Utama Jaku Tangkai Mengandai di Auditorium Muzium Budaya Borneo turut disertai oleh pelajar universiti, ahli akademik, penggiat budaya serta wakil masyarakat tempatan. 

Beliau turut menggesa agar pemimpin, sarjana dan masyarakat berganding bahu memastikan khazanah budaya itu terus segar dan diwarisi oleh generasi baharu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Prof Dr Suriani Abu Bakar, pula berkata penganjuran program berkenaan sejajar dengan komitmen universiti untuk memartabatkan bahasa etnik di Malaysia. Menurut beliau, setiap warisan adalah cerminan tamadun bangsa, dan bahasa serta budaya menjadi tiang seri kepada identiti negara.

TAN Sri (Dr) Alfred Jabu semasa menyampaikan Ucaptama bertajuk ‘Bahasa Iban dan Masyarakat’ sempena Majlis Syarahan Utama Jaku Tangkai Mengandai di Auditorium Muzium Budaya Borneo.

Program itu menghimpunkan lebih 100 peserta terdiri daripada pelajar universiti, ahli akademik, penggiat budaya serta wakil masyarakat tempatan. Antara pengisian menarik termasuk persembahan kesenian tradisional Iban, pameran artifak budaya serta sesi wacana bersama tokoh ilmuwan bahasa dan warisan.

Menurut penganjur, syarahan utama ini merupakan sebahagian daripada siri kolaborasi UPSI dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha mendokumentasi, memulihara dan mempopularkan bahasa etnik di peringkat nasional.

Majlis tersebut turut menandakan komitmen kolektif untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah celik adat dan budaya, sejajar dengan usaha memperkukuh kelestarian warisan negara.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BUDI95 bakal cetus gelombang kesedaran keselamatan jalan raya
Next: UPM Sarawak sasar Citra Tari Nusantara jadi festival antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.