Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiga sekolah pedalaman berentap di MSSR Sub Zon Pa’a Ke-15
  • SUKAN

Tiga sekolah pedalaman berentap di MSSR Sub Zon Pa’a Ke-15

Utusan Sarawak 4 days ago
RASMI… Dato Dennis Ngau menyalakan obor Kejohanan MSSR Sub Zon Pa’a Kali Ke-15 di SK Long Palai, semalam.

BARAM: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Sub Zon Pa’a Kali Ke-15 berlangsung dengan penuh meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Palai, menyaksikan persaingan sihat antara tiga sekolah pedalaman iaitu SK Long Palai, SK Long Anap dan SK Long Apu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usang, Dato Dennis Ngau berkata, para atlet cilik menunjukkan semangat juang yang tinggi di trek, dengan sokongan padu daripada guru-guru yang melatih serta membimbing mereka.

TAHNIAH… Dato Dennis Ngau menyampaikan piala kemenangan kepada salah seorang peserta Kejohanan Olahraga MSSR Sub Zon Pa’a Kali Ke-15 di SK Long Palai, semalam.

Kehadiran ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan turut menyemarakkan lagi suasana kejohanan.

“Untuk atlet cilik kita, teruskan berlari dengan penuh semangat. Kawan tetap kawan walau siapa pun yang menang,” katanya dalam majlis perasmian MSSR Sub Zon Pa’a Kali Ke-15 di SK Long Palai, semalam.

Penganjuran kali ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah dilihat sebagai pemangkin untuk melahirkan lebih ramai bakat sukan dari kawasan pedalaman yang berpotensi mengharumkan nama sekolah, komuniti serta negeri pada masa hadapan, tambahnya lagi.

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA… Wakil kontinjen dari tiga sekolah ketika membaca ikrar Kejohanan Olahraga MSSR Sub Zon Pa’a Kali Ke-15 yang melibatkan tiga sekolah iaitu SK Long Palai, SK Long Anap dan SK Long Apu.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram, Paris; Kaunselor Flora Usun; Guru Besar (GB) SK Long Palai, Benedett Nyuko; GB SK Long Anap, Eloise Lungan Lawai; wakil GB SK Long Apu, Dumenex Engkamat Luat; serta Ketua Kampung Long Palai, KK Robert Martinus.

Difahamkan, kejohanan ini diadakan selepas pandemik COVID-19 yang mendapat sambutan daripada warga sekolah dan komuniti setempat, sekali gus membuktikan sukan terus menjadi jambatan perpaduan dan semangat kekitaan di kawasan pedalaman.

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Eze sumbat gol sulung bersama Arsenal, mara ke pusingan keempat Piala Liga
Next: Queenie Ting dan Dylan Leo raih emas buat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.