

ANGIN yang kuat menyebabkan kerosakkan di beberapa buah kediaman di Taman Berlian Stabil petang tadi.
KOTA SAMARAHAN: Beberapa rumah di Taman Berlian Stabil mengalami kerosakan selepas hujan lebat disertai angin kencang melanda kawasan itu sekitar 4.00 petang tadi.
Dalam kejadian tiba-tiba itu, bahagian atap beberapa kediaman diterbangkan angin kuat, menyebabkan penghuni terkejut dan cemas dengan perubahan cuaca yang mendadak.
Menurut penduduk, ribut tersebut berlaku dalam tempoh singkat namun cukup kuat hingga menyebabkan bumbung tercabut.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan oleh penduduk dengan bantuan pihak berkuasa.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah keselamatan sewajarnya, terutamanya pada musim hujan apabila cuaca sukar dijangka.
Oleh Norman B.