Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Majlis Pengakap Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Majlis Pengakap Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Pengakap Sarawak di Astana Negeri. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Pengakap Sarawak di Astana Negeri.

Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Dipertua, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan.

Delegasi turut disertai oleh Naib Yang Dipertua, Jumaat Ibrahim, Pesuruhjaya Majlis Pengakap Sarawak, John Lim Boon Beng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Methodius Macdonald George Segie dan Lu Cho Heng, Penolong Ketua Pesuruhjaya, Abang Zulfikar Abang Zaini, Penolong Pesuruhjaya, Kho Swee Aik serta Setiausaha Eksekutif, Zasran Abdullah.

Kunjungan itu bertujuan untuk memperkenalkan Pesuruhjaya baharu Majlis Pengakap Sarawak, John Lim Boon Beng, serta berkongsi maklumat mengenai perkembangan pembinaan Ibu Pejabat Pengakap Sarawak yang baharu di Jalan Batu Lintang.

Delegasi juga berkongsi perkembangan terkini mengenai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Pengakap Sarawak.

Dalam perbincangan tersebut, Tun Wan Junaidi menekankan kepentingan nilai-nilai Pengakap yang sentiasa relevan untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.

Tun Wan Junaidi menegaskan bahawa nilai seperti berdisiplin dan bertanggungjawab, berkhidmat kepada masyarakat, kepercayaan dan integriti, menghormati alam sekitar, serta toleransi dan perpaduan merupakan asas penting dalam membentuk masyarakat yang lebih baik, bersatu padu dan bertanggungjawab.

Tun Wan Junaidi menzahirkan keyakinan bahawa nilai-nilai tersebut bukan sahaja dapat membentuk peribadi unggul setiap individu, malah turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang harmoni dan progresif di Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI peruntuk RM11 bilion laksana BUDI95, lindungi kesejahteraan rakyat – MOF
Next: Petronas, Petros beroperasi berdasarkan bidang kuasa, fungsi  berbeza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.