Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Azam cadang rehatkan TPR terkait kes dadah
  • NASIONAL

Azam cadang rehatkan TPR terkait kes dadah

Utusan Sarawak 3 days ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-8 Malaysia Corruption Watch (MCW) di Universiti Multimedia (MMU) hari ini. Foto BERNAMA

CYBERJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan mencadangkan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang ditahan polis semalam kerana disyaki memiliki dadah, direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan dijalankan.

Azam berkata TPR berkenaan baru sahaja melaporkan diri di suruhanjaya itu sebagai pegawai pinjaman dari Jabatan Peguam Negara (AGC) dan insiden berkenaan adalah di luar jangka dan sudah disiasat polis.

“Saya sendiri akan berbincang dan mencadangkan kepada Peguam Negara supaya pegawai ini direhatkan terlebih dahulu untuk tidak menjalankan apa-apa jua pendakwaan kes di mahkamah dan dia pun baru sahaja melaporkan diri kepada SPRM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Integrity and Leadership Day di Universiti Multimedia hari ini.

Mengulas mengenai proses tapisan kesihatan termasuk ujian saringan dadah dibuat terhadap pegawai terbabit, Azam berkata perkara itu adalah tertakluk kepada prosedur AGC memandangkan individu berkenaan berkhidmat di bawah jabatan tersebut.

“Sudah tentu (ada) tapisan termasuk ujian saringan dadah dibuat kepada semua penjawat awam termasuk TPR itu. Ini satu perkara yang pada saya, adalah tindakan beliau sendiri yang mengambil dadah dan sebagainya, sekiranya ada,” kata Azam.

Terdahulu, SPRM mengesahkan seorang TPR yang baru melaporkan diri minggu lepas ditahan polis semalam kerana disyaki memiliki dadah.

SPRM memaklumkan TPR terbabit ditahan di kediamannya dan pemeriksaan polis telah menemukan bahan terlarang disyaki dadah di rumah berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Rundingan AEM, Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer jadi tumpuan hari ini
Next: Notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie sudah siap untuk diserahkan – Pengarah Pendakwaah Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.