


ISTIADAT pengurniaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Foto UKAS
PETRA JAYA: Seramai 227 penerima diraikan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Majlis penuh istiadat itu menyaksikan pengurniaan pelbagai darjah kebesaran dan pingat sebagai pengiktirafan terhadap jasa, khidmat bakti serta sumbangan luar biasa penerima kepada negeri dan masyarakat.
Istiadat pengurniaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.


ISTIADAT pengurniaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Foto UKAS
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada satu-satunya penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) iaitu, Datin Helen Lim Hui Shyan.
Bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak-Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), antara penerima ialah Japar Mustapa dan Dr. Stephen William.
Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak-Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) dianugerahkan kepada 19 individu, antaranya Rais Ahmat, Mohd Irwan Abdullah, Ting Sie Loh dan Joseph Chioh Hock Hua.
Selain itu, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) turut dikurniakan kepada lebih 20 penerima termasuk Ir. Ahmad Aripin Saiman, Denny Lim, Dr. Charlie Dudang, Deputi Superintendan Polis Zuriawati Zainal Abidin dan Aidawati Mustapha.
Bagi Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), antara penerima ialah Nicholas Bawin Burong, Ritchell Sidi, Wong King Ho, Walter Chang, Norliza Mohamad Salleh serta Sussie Stuart (bagi pihak mendiang Soontik Changkan).


ISTIADAT pengurniaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Foto UKAS
Pengurniaan turut melibatkan Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) dengan lebih 30 penerima termasuk Abdullah Madil, Ahmad Yusof Abdul Razak, Kenedy Bungsu, Dr. Zurwina Sharkawi, Hasmah Hasbi dan Surya Bily.
Bagi kategori Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), penerima termasuk Alex Samson, Jumadi Ahmad, Nur Dayana Abdullah dan Rosnah Tudin.
Istiadat diakhiri dengan pengurniaan darjah kebesaran Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada lebih 40 penerima, antaranya Ibau Emang, Charlie Avit Anyi, John Tik, Jalil Ladi, Aida Pakar, Jennifer Seping Ajeng, serta Saloma Jamit.
Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan kerajaan Sarawak kepada mereka yang telah menabur khidmat bakti dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.
Turut hadir, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar, Menteri Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, serta isteri Datin Sri Loretta Sawot, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik serta tetamu kenamaan lain. -UKAS