Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki warga Indonesia hilang di sungai Kampung Penasu, SAR masuk hari kedua
  • WILAYAH

Lelaki warga Indonesia hilang di sungai Kampung Penasu, SAR masuk hari kedua

Utusan Sarawak 3 days ago
OPERASI SAR… Operasi SAR mangsa seorang lelaki warganegara Indonesia yang dikhuatiri lemas di Sungai Penasu. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warganegara Indonesia yang dikhuatiri lemas di Sungai Penasu masih diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata mangsa berumur 21 tahun dilaporkan hilang dan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai semasa bekerja di tapak binaan Loji Air Kampung Penasu, semalam. 

OPERASI SAR… Operasi SAR mangsa seorang lelaki warganegara Indonesia yang dikhuatiri lemas di Sungai Penasu. Foto IPD Meradong

“Kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi dan dimaklumkan oleh setiausaha Kampung Penasu. 

“Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan dilaporkan tergelincir ketika melakukan kerja pertukangan dan kali terakhir dilihat memakai baju lengan pendek hitam, ‘sweater’ kelabu dan seluar panjang hitam.

“Operasi SAR dimulakan pada hari sama 1.00 petang melibatkan pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, pihak Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro serta penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Tambahnya, kaedah pencarian dijalankan secara pemerhatian permukaan air dengan radius sekitar lima kilometer (km) dari lokasi kejadian. 

Setakat berita ditulis, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR masih dijalankan.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Jepak cadang tubuh Pasukan Bomba Sukarelawan di Setulan
Next: JBPM, Petronas anjur program latih komuniti hadapi kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.