Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan jual loteri haram di Pakan
  • JENAYAH

Lelaki ditahan jual loteri haram di Pakan

Utusan Sarawak 1 day ago
DITANGKAP….Suspek ditangkap dan barang rampasan dibawa ke IPD Julau untuk tindakan lanjut. Foto IPD Julau

PAKAN: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau selepas disyaki menjalankan kegiatan penjualan loteri awam haram.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata tangkapan dilakukan sekitar 3.00 petang semalam menerusi pemeriksaan Op Dadu di sebuah kedai di Jalan Babai, yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian.

“Pegawai polis yang mengetuai operasi bersama pasukannya telah memperkenalkan diri kepada seorang lelaki di premis tersebut.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan beberapa barangan dipercayai berkaitan aktiviti penjualan loteri awam haram,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Suspek bersama barangan rampasan kemudian dibawa ke IPD Julau untuk siasatan lanjut.

 “Barang rampasan adalah sebuah telefon bimbit jenama Redmi 13C, satu unit pencetak mudah alih tanpa jenama berwarna hitam, sekeping kertas kecil bercetak dipercayai nombor loteri awan haram dan keping wang tunai campur-campur berjumlah RM30. 

“Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mayat dalam kereta di Simpang Pulai: pertikaian harta dipercayai motif bunuh – Polis
Next: SPRM bongkar sindiket rasuah, seludup diesel, gubal wang haram RM247 juta di Sabah dan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.