KUCHING: Seorang pemandu trak maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Batu 17, Jalan Kuching-Serian kelmarin.
Ketua Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, pemandu tersebut yang berusia 46 tahun dari kampong Skuduk, Batu 24, Jalan Kuching Serian mungkin mengalami serangan sakit jantung semasa dia hilang kawalan kenderaannya pada 7.50 pagi.
Pemandu, Green Saperk dalam perjalanan dari rumahnya ketika kemalangan berlaku.
Pada masa sama, polis trafik tidak melihat sebarang kecederaan badan dan mayat di bawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.
Kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Oleh Connie Chieng