Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Puduu’ Anaak ketengahkan warisan Orang Ulu dalam nuansa baharu
  • HIBURAN

Puduu’ Anaak ketengahkan warisan Orang Ulu dalam nuansa baharu

Utusan Sarawak 1 week ago
 (dari kiri) Koni Johari wakil FINAS Cawangan Sarawak; Elizabeth Bungan Peter, artis EP Puduu’ Anaak merangkap Pengarah Urusan Bungan Creative; Sherlynna Parveen, Pengarah Urusan SMC; Rafiza Rahman, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Kementerian Komunikasi Malaysia; Martinus Njok Sebi, wakil Persatuan Anak Seni Sape Kuching; serta Mathew Ngau Jau, Tokoh Warisan Asal Kebangsaan, ketika merakamkan simbolik pelancaran album berkenaan.

KUCHING: Album mini Puduu’ Anaak yang dilancarkan di Sarawak Plaza hari ini bukan sekadar rakaman muzik, sebaliknya menjadi tanda kasih terhadap warisan budaya Orang Ulu, demikian menurut penerbitnya, Sherlynna Parveen.

Pengarah Urusan Sherlyn Management Company (SMC) itu menegaskan, projek tersebut adalah usaha kolektif pelbagai pihak dalam memberi wajah baharu kepada muzik tradisional sambil mengekalkan keaslian identitinya.

“Album mini ini bukan sekadar produk muzik; ia adalah penghargaan terhadap seni tradisional Orang Ulu yang kami tampilkan dalam wajah baharu yang lebih segar, namun tetap utuh dengan identiti asalnya.

“Ia adalah dedikasi kepada generasi muda agar mereka tahu, hargai dan bangga dengan warisan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran album mini tersebut di Sarawak Plaza, hari ini.

Album mini tersebut menampilkan artis utama, Elizabeth Bungan, yang membawakan empat lagu tradisional iaitu Puduu’ Anaak, Lan E, Hip Balip dan Baling Tinggang, selain sebuah lagu baharu berjudul One Journey.

Dua video muzik turut dihasilkan untuk menambah dimensi naratif kepada album ini. Video muzik utama, Puduu’ Anaak, mengisahkan kasih seorang ibu mendodoikan anaknya dengan lagu dodoi lama yang hampir dilupakan, manakala One Journey mengangkat perjalanan seorang kanak-kanak mengenali keindahan pelbagai alat muzik tradisional sebagai simbol perpaduan budaya.

PENGARAH Urusan Sherlyn Management Company (SMC), Sherlynna Parveen, menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran album mini Puduu’ Anaak di Sarawak Plaza, Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, One Journey menampilkan perjalanan seorang kanak-kanak mengenali keindahan pelbagai alat muzik tradisional sebagai simbol perpaduan budaya.

Sherlyn turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures atas sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik, selain rakan kolaborasi seperti Persatuan Anak Seni Sape Kuching, Ensera Creatives, Sulendang Tari, FINAS Cawangan Sarawak serta tenaga produksi tempatan.

Katanya lagi, pelancaran ini hanyalah permulaan kepada usaha yang lebih besar dalam memperjuangkan muzik tradisional agar terus berkembang dalam arus kontemporari.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Anak Terengganu, Megat Qalif ungguli Bintang Kecil 2025
Next: Puduu’ Anaak: Perjalanan jiwa Elizabeth Bungan hidupkan dodoi lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.