Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak tidak ‘tamak’, hanya tuntut hak seperti dijanjikan dalam MA63
  • SEMASA

Sarawak tidak ‘tamak’, hanya tuntut hak seperti dijanjikan dalam MA63

Utusan Sarawak 6 days ago
Pelepasan… Datuk Rosey Yunus kibar bendera simbolik melepaskan peserta diketuai oleh Datuk Abdullah Saidol pada Program Kembara 169 di Tebingan Sungai Bekenu hari ini. Foto Adum Liu

BEKENU: Sarawak bukan ‘tamak’ permintaan Sarawak tidak lebih dan tidak kurang, ini seperti yang telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kehadiran semua pihak ke Program Kembara 169 ini adalah membawa misi yang sama.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berucap demikian pada Program Kembara 169 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini hari ini.

“Misi kita (Sarawak) menegakkan apa yang sepatutnya ditegakkan dan apa yang kita minta sepatutnya kita minta, tetapi ini semuanya perlu ada komitmen perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Kalau kita tidak bersatu padu, kerjasama dan tidak menyokong Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, maka tidak akan sampai misi kita yang sepatutnya ditepati,” katanya.

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, penyertaan oleh peserta pemotoran ini juga memberi makna besar kepada Bekenu dengan menunjukkan perpaduan yang ada di kalangan rakyat Sarawak.

“Kita bawa bendera dan menyebarkan berita perpaduan yang kita perlihatkan sendiri melalui sembilan kelab permotoran. Harap apa yang diadakan ini akan mengangkat martabat Sarawak yang lebih baik, lebih cemerlang di mata Malaysia dan serata dunia, inilah misi kita 169 (16 September).

“Maka inilah misi 169 ini sangat bermakna kepada kita semua dan terima kasih, diharapkan program ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya lagi.

Program Kembara 169 ini telah diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan tamat di Permy Mall, Miri yang dilaksanakan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat (ADUN) Lambir, Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis serta Ketua Masyakat dan Ketua Kaum (KMKK) setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penyasaran subsidi petrol guna pelbagai mekanisme, bukan MyKad semata-mata
Next: MoU Sarawak-Fergana perkukuh hubungan dalam warisan dan industri kreatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.