
SIBU: Kira-kira 50 orang menyertai program gotong-royong anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di kawasan Taman Perumahan Permai, semalam.
Program yang bermula seawal 6.30 pagi itu dimulakan di Terendak Taman Tasik Permai dengan sesi taklimat ringkas serta pembahagian kumpulan sebelum peserta bergerak ke lokasi masing-masing.
Bagi tahun ini, gotong-royong dijalankan di dua lokasi utama iaitu di Pasar Tamu Permai dan pusat komersial Lorong Oya 11.
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melaksanakan kerja pembersihan di kawasan masing-masing.
Aktiviti tersebut berlangsung sehingga tengah hari sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.
Selain itu, satu sesi maklum balas turut dijalankan melalui borang kaji selidik dalam talian bagi mendapatkan pandangan masyarakat untuk penambahbaikan aktiviti akan datang.
Oleh Tarani Lanting