Orang awam padam kebakaran jerangan masakan di Sibu

Facebook
WhatsApp
TINDAKAN PANTAS…Orang awam berjaya memadam kebakaran jerangan masakan di salah satu kedai Jalan Lau King Howe, di sini tengah malam tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Tindakan pantas orang awam berjaya memadam kebakaran jerangan masakan di salah satu kedai Jalan Lau King Howe, di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan lapan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.53 tengah malam.

TINDAKAN PANTAS…Orang awam berjaya memadam kebakaran jerangan masakan di salah satu kedai Jalan Lau King Howe, di sini tengah malam tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, mendapati kebakaran hanya melibatkan jerangan masakan yang ditinggalkan. 

“Kebakaran telah dipadam oleh orang awam dengan mengunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada operasi dijalankan, PKO hanya membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis