Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA terima 4.5 juta permohonan pra-jualan Piala Dunia
  • SUKAN

FIFA terima 4.5 juta permohonan pra-jualan Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BERLIN: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerima sebanyak 4.5 juta permohonan tiket Piala Dunia 2026 dalam fasa pra-jualan khusus bagi pemegang kad kredit penaja mereka, kata badan induk bola sepak itu pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.

FIFA berkata permohonan itu diterima daripada 216 negara dan wilayah sepanjang tempoh 10 hari permohonan yang berakhir pada 1500 GMT, dengan tiga negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada mendahului senarai.

Sepuluh permohonan teratas ialah Jerman, England, Brazil, Argentina, Colombia, Sepanyol dan Itali.

Presiden FIFA Gianni Infantino menyifatkan permintaan itu sebagai “kenyataan kukuh” mengenai minat terhadap kejohanan yang diperluaskan kepada 48 pasukan dan 104 perlawanan, serta menamakan ia sebagai “acara terbesar, paling inklusif dan paling mengujakan yang pernah diadakan.”

FOTO facebook FIFA

Mereka yang berjaya dalam cabutan untuk membeli tiket berharga dari US$60 bagi perlawanan peringkat kumpulan akan dimaklumkan mulai 29 September dan diberikan slot masa untuk membuat pembelian bermula 1 Oktober. 

Namun FIFA menegaskan slot masa itu tidak menjamin tiket akan tersedia.

Fasa jualan tiket seterusnya akan diadakan sebelum dan selepas undian peringkat kumpulan yang dijadual pada 5 Disember di Washington. 

FIFA turut mengumumkan pembukaan platform penjualan semula tiket yang selamat.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Pertemuan dengan pemilik bersama kelab United bukan mesyuarat krisis – Amorim
Next: Masters China: Tang Jie-Ee Wei ‘pecah’ tembok besar untuk mara ke final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.