
SIBU: Orang ramai dijemput hadir menderma darah pada kempen derma darah anjuran Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) dan Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 Wilayah 2 dan 3 pada 21 September, esok.
Menurut kenyataan hari ini, kempen dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu dan Star Mega Mall di Orange Zone, Star Mega Mall bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Penganjuran kempen ini bertujuan untuk membantu pihak Bank Darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti menderma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman