Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Thailand gagalkan cubaan seludup 450,000 pil yaba ke Malaysia
  • JENAYAH

Thailand gagalkan cubaan seludup 450,000 pil yaba ke Malaysia

Utusan Sarawak 3 days ago

PIHAK berkuasa Thailand bersama 450,000 biji pil yaba dirampas ketika cuba diseludup masuk ke Malaysia menggunakan khidmat kurier semalam. Foto ihsan pihak berkuasa Thailand


KOTA BHARU:  Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup 450,000 biji pil yaba bernilai 13.5 juta baht (RM1.8 juta) ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier, semalam.

Pengerusi Pusat Pentadbiran Narkotik Sungai Golok Supeeyan Daemokleng berkata rampasan itu dilakukan hasil maklumat risikan mengenai penghantaran dadah melalui sebuah syarikat kurier ke bandar sempadan itu.

Beliau berkata pihaknya melakukan risikan sejak awal pagi untuk mengesan individu yang dijangka mengambil bungkusan berisi dadah itu. 

“Bagaimanapun, tiada sesiapa hadir dan semua dadah telah dirampas serta dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Supeeyan berkata dadah itu dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan haram Sungai Golok dan setiap pil dijual pada harga pasaran kira-kira 30 baht sebiji.

Rampasan dilakukan kira-kira 2.00 petang (3.00 petang waktu Malaysia) di bawah arahan Gabenor Wilayah Narathiwat Lt Muda Trakul Thodham.

Beliau berkata pihaknya komited memperketat kawalan bagi menghalang kemasukan dadah ke Malaysia, yang sering menjadi sasaran sindiket penyeludupan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kuching retirees almost lost RM200,000 in fraud case
Next: Bomoh temberang perdaya suri rumah RM60,794 dalam ritual buang sial palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.