Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Zara Qairina didakwa ejek adik ‘Kak M’ sebelum ayat ‘kalau aku touch, kau berdarah’ muncul – Saksi
  • MAHKAMAH

Zara Qairina didakwa ejek adik ‘Kak M’ sebelum ayat ‘kalau aku touch, kau berdarah’ muncul – Saksi

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Warden Asrama SMK Agama Tun Datu Mustapha, Papar memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa pada awalnya pihak sekolah tidak mengetahui mengenai ayat ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ yang didakwa disebut oleh ‘Kak M’ terhadap Zara Qairina Mahathir. 

KOTA KINABALU: Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Datu Mustapha, Papar memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa pada awalnya pihak sekolah tidak mengetahui mengenai ayat ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ yang didakwa disebut oleh ‘Kak M’ terhadap Zara Qairina Mahathir. 

Azhari Abd Sagap, 31, berkata pihaknya hanya mengetahui perkara itu selepas audio perbualan Zara Qairina dan ibunya Noraidah Lamat tular di media sosial selepas insiden 16 Julai lepas. 

“Pihak sekolah kemudian membuat siasatan berhubung perkara itu. Bukti-bukti berkaitan isu itu diserahkan kepada polis. Kami juga membawa pelajar yang dikenali sebagai ‘Kak M’ dan semua pelajar yang disebutkan dalam audio itu untuk diambil keterangan polis,” katanya. 

Saksi kelapan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina itu turut mendedahkan bahawa hasil siasatan pihak sekolah mendapati cerita berhubung ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ sebenarnya berlaku pada Mei lepas.

“Hasil siasatan mendapati ‘Kak M’ didakwa menyebut sedemikian, susulan adiknya yang belajar di Tingkatan Dua telah diejek oleh Zara Qairina dan rakannya.  

“Pelajar itu (Kak M) pada ketika itu berada dalam emosi tidak stabil susulan biliknya semak dan kotor,” katanya ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar yang mewakili kanak-kanak didakwa terlibat dalam kes buli Zara Qairina.

Saksi juga berkata insiden ejekan terhadap adik ‘Kak M’ berlaku secara bertulis apabila Zara Qairina dan rakannya meninggalkan nota “Dia seorang yang sok orku, sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior.”

“Nama panggilan adik ‘Kak M’ juga disebut dalam bukti yang telah kami serahkan kepada pihak polis,” katanya. 

Azhari menjelaskan bahawa istilah ‘sok sok’ bermaksud berpura-pura menjadi sesuatu manakala ‘orku’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘orang kuat’.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung esok. 

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada kira-kira 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

-Bernama  

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes Zara Qairina: ‘MA’ bermaksud Mesyuarat Asrama – Ketua Warden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.