Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak pertimbang cadangan tapak perhimpunan berbumbung di SMK Bintulu
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak pertimbang cadangan tapak perhimpunan berbumbung di SMK Bintulu

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang dan Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel meninjau tapak cadangan pembinaan tapak perhimpunan berbumbung di SMK Bintulu.

BINTULU: Kerajaan Sarawak memberi perhatian serius terhadap cadangan pembinaan tapak perhimpunan berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu bagi memberi keselesaan kepada lebih 3,400 pelajar dan lebih 200 guru di sekolah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, cadangan itu penting kerana SMK Bintulu tidak mempunyai ruang sesuai untuk menganjurkan acara besar sejak sekian lama.

Menurutnya, setiap kali sekolah menganjurkan program atau perhimpunan, guru dan pelajar terpaksa berpanas dan berhujan kerana hanya bergantung pada khemah sementara yang didirikan di kawasan lapang.

“Dengan adanya tapak perhimpunan berbumbung, pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum dapat dijalankan dalam keadaan lebih selesa, selamat dan teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DATO Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel mempengerusikan mesyuarat bersama pihak SMK Bintulu dan agensi berkaitan mengenai cadangan pembinaan tapak perhimpunan berbumbung yang turut disertai ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming di Bintulu hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, yang hadir membuat tinjauan ke SMK Bintulu serta mempengerusikan mesyuarat bersama pihak berkaitan berhubung cadangan projek itu.

Johnny Pang menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan sekolah dan kerajaan negeri untuk memastikan projek berkenaan dapat direalisasikan secepat mungkin demi manfaat pelajar.

Katanya, projek itu bukan sahaja meningkatkan keselesaan guru dan pelajar, malah mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik di kawasan Bintulu.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pembangunan prasarana pendidikan dan pembinaan tapak berbumbung ini akan menjadi satu lagi bukti keprihatinan terhadap kebajikan warga sekolah,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SAR tragedi bot ekspres, kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit ditamatkan
Next: JKR ambil tindakan segera baiki jalan berlubang di Lebuh Raya Pan Borneo KM877

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.