
BEKENU: Lubang besar dikesan di Lebuh Raya Pan Borneo dari Batu Niah menuju ke Miri, khususnya di Kilometer 877 Simpang Bakas, sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya.
Menurut maklumat hantaran daripada pengguna Lebuh Raya Pan Borneo di Facebook keadaan jalan tersebut sangat bahaya terutamanya kepada penunggang serta pembonceng motosikal yang melalui kawasan berkenaan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati, memperlahankan kenderaan serta memberi perhatian penuh ketika melalui laluan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Orang ramai turut berharap agar pihak berkuasa berkaitan dapat mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan jalan tersebut demi keselamatan semua pengguna.
Oleh Adum Liu