Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM beri bantuan makanan 21 kawasan terjejas banjir di Marudi
  • WILAYAH

JKM beri bantuan makanan 21 kawasan terjejas banjir di Marudi

Utusan Sarawak 13 hours ago
EMPAT agensi APM, JKM, RELA dan PDRM berganding bahu menghantar bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan Marudi. Foto APM Marudi

MARUDI: Sebanyak 21 kawasan di Daerah Marudi yang terjejas banjir menerima bantuan bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marudi hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA), Mirwan Shah Masri berkata penghantaran bantuan bekalan makanan tersebut menggunakan kapal bandung telah bergerak pada 11.24 pagi tadi.

Katanya, penghantaran ini dijangkakan selesai diagihkan ke seluruh kawasan yang tersenarai esok hari dengan kerjasama empat agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM), JKM, Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KERJASAMA…Penghantaran bantuan bekalan makanan ke kawasan Tanjung Upar menggunakan kapal bandung . Foto APM Marudi

Kawasan yang terlibat banjir yang menerima bantuan bekalan makanan berkenaan, Kampung Lubok Nibong (36 pek), Rumah (Rh) Jipun Kampung Baru Tanjung Upar (34 pek), Rh Vincent Tanjung Upar (68 pek), Kampung Long Patan (16 pek), Kampung Long Panai (264 pek), Kampung Long Ukok (40pek), Kampung Long Pahlo (20 pek), Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai (22 pek), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh (38 pek) dan SK Penghulu Baya Mallang (12 pek).

Turut menerima bantuan tersebut SK Kuala Tutoh (24 pek ), Klinik Kesihatan Long Panai (6 pek), Rh Gerinang Logan Tasong (20 pek), Kampung Long Maro (106 pek), Rh Philip Tanjung Upar (38 pek), Rh Mugang Tanjung Upar (22 pek), Kampung Benawa (94 pek), Kampung Linei Bukiu (86 pek), Kampung Kula Tutoh (148 pek), SK Benawa (40 pek) dan Long Terawan (6 pek).

Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri gesa luluskan dana bagi pembangunan ICQS Sungai Tujoh
Next: Kerja naik taraf jalan ke Bakam giat dilaksana, pengguna diminta berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.