Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Industri sawit Sarawak pemacu utama pembangunan luar bandar
  • SEMASA

Industri sawit Sarawak pemacu utama pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 5 hours ago
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Sirai Daha menyempurnakan simbolik pelancaran Forum Minyak Sawit anjuran SOPPOA di Hotel Imperial Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Industri sawit kekal sebagai pemacu utama pembangunan luar bandar di Sarawak walaupun berdepan tekanan antarabangsa dan cabaran operasi dalam negeri.

Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datu Sirai Daha mewakili Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata sektor ini bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negeri malah membawa perubahan besar kepada masyarakat luar bandar.

“Industri ini menyediakan ribuan peluang pekerjaan dan pendapatan yang stabil. Lebih penting, ia turut membuka akses jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan telekomunikasi ke kawasan pedalaman,” katanya ketika berucap pada Forum Perbincangan Bersama Kerajaan 2025 anjuran Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) di Hotel Imperial Kuching, hari ini.

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datu Sirai Daha (tengah) bersama tetamu kehormat dan peserta forum merakam kenangan selepas majlis pelancaran forum tersebut. Foto Adele Rissa

Pada 2023, sektor sawit menyumbang RM14.3 bilion daripada jumlah eksport Sarawak, menjadikannya antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Selain tekanan luar, industri sawit di Sarawak turut berdepan kekurangan tenaga kerja kerana pekerjaan ladang kurang diminati rakyat tempatan.

Kos pengeluaran di Sarawak juga dianggarkan 15 hingga 20 peratus lebih tinggi berbanding Semenanjung ditambah dengan cukai jualan negeri yang menjejaskan daya saing.

Menurut beliau, forum seperti ini penting untuk menyatukan pekebun kecil, syarikat besar, agensi kerajaan dan institusi penyelidikan bagi mencari jalan penyelesaian bersama.

Beliau turut menegaskan peranan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (SALCRA) dalam memperkukuh pembangunan luar bandar melalui penyertaan masyarakat tempatan dalam industri sawit.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kukuhkan kerjasama strategik dalam sektor aeroangkasa
Next: Sarawak kaji semula Ordinan Perkapalan Saudagar, penuhi keperluan maritim masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.