Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kem Belia 2.0 asah potensi pemimpin muda
  • Tengah
  • WILAYAH

Kem Belia 2.0 asah potensi pemimpin muda

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK KENANGAN… Izkandar (tiga kiri) merakam kenangan bersama peserta Kem Kepimpinan & Pemerkasaan Belia 2.0 anjuran MPS di Pusat Agape Sibu, hari ini. Turut kelihatan ialah Ling (duduk, kiri sekali).

SIBU: Kem Kepimpinan & Pemerkasaan Belia 2.0 anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dilihat sebagai platform penting bagi golongan belia meneroka potensi diri, membina keyakinan serta memupuk ciri-ciri kepimpinan sejati.

Program selama tiga hari itu, berlangsung dari 18 hingga 20 September di Pusat Agape Sibu, menghimpunkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya, SM Wong Nai Siong serta wakil Majlis Kanak-Kanak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, penyertaan pelbagai pihak ini mencerminkan kepelbagaian serta semangat kerjasama rentas sekolah, majlis dan komuniti.

“Para peserta akan didedahkan dengan gaya kepimpinan unik masing-masing, cara menjadi versi diri yang lebih baik serta penerokaan hubungan antara sains, teknologi dan alam semula jadi melalui aktiviti STEM,” katanya semasa berucap merasmikan kem kepimpinan tersebut, hari ini.

Beliau berkata, aktiviti sampingan seperti pertandingan memasak dan Malam Bakat bukan sekadar hiburan, sebaliknya mengajar nilai kerja berpasukan, kreativiti, komunikasi, tanggungjawab serta keyakinan diri.

“Kepimpinan tidak hanya diukur melalui jawatan atau suara paling lantang, tetapi tentang keberanian berbuat kebaikan, berintegriti serta berkhidmat kepada orang lain,” tegasnya.

Izkandar turut menekankan bahawa kanak-kanak dan belia bukan sahaja pemimpin masa depan, malah merupakan penyumbang penting pada masa kini.

“Suara, idea dan tindakan mereka amat penting dalam membina Sibu yang lebih penyayang, inklusif dan progresif,” jelasnya.

Beliau menyeru para peserta agar memanfaatkan peluang sepanjang kem itu untuk belajar, bertanya soalan, mencabar diri memimpin serta saling menyokong antara satu sama lain.

Turut hadir Penyelaras Majlis Kanak-Kanak Sibu, Linda Ling.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Datuk Abdul Rahman pengerusikan mesyuarat ALP PSSB ke-10 di Serian
Next: 61 kawasan di Baram dilanda banjir, 10,038 mangsa terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.