Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan sekeluarga dipindahkan ke PPS Marudi akibat banjir 
  • Utara
  • WILAYAH

Lapan sekeluarga dipindahkan ke PPS Marudi akibat banjir 

Utusan Sarawak 8 hours ago
DISELAMATKAN… Anggota Bomba dan Penyelamat Marudi menyelamatkan mangsa dari Kampung hulu Kampung Padang Kerbau Marudi. Foto Bomba Marudi

MARUDI: Seramai lapan mangsa banjir daripada sebuah keluarga dari hulu Kampung Padang Kerbau, Marudi, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi petang semalam susulan kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Mangsa banjir terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi lelaki, seorang warga emas lelaki dan seorang warga emas wanita.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi, Jessbet Jebus, berkata beliau mengarahkan empat anggotanya ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai bomba sebaik menerima panggilan pada 12.16 tengah hari semalam.

TANGGUNGJAWAB… Anggota Bomba dan Penyelamat Marudi membawa mangsa banjir ke PPS Dewan Suarah Marudi. Foto Bomba Marudi

Jessbet berkata, pasukan operasi keluar dari balai menggunakan kenderaan utiliti Triton VGT 2290 dan terpaksa meredah air banjir untuk sampai ke jeti tempat bot Kevlar ditempatkan.

Tambahnya, anggotanya menggunakan bot Kevlar KCB 21 untuk menuju ke hulu Kampung Padang Kerbau, Marudi. Namun, pasukan operasi terpaksa menunggu di tepi sungai utama kerana bot gentian kevlar tidak dapat masuk ke kawasan rumah mangsa.

Menurut beliau, mangsa menggunakan perahu kecil untuk sampai ke bot gentian kevlar, dan setelah semua mangsa tiba, mereka dibawa masuk ke dalam bot tersebut. 

Katanya semua mangsa dipasangkan dengan jaket keselamatan dan bergerak balik ke Marudi dan berhenti di jeti Lembaga Sungai Sarawak Marudi.

Mangsa banjir dibawa menuju ke kenderaan Triton VGT 2290 untuk dihantar ke PPS Dewan Suarah Marudi.

Sementara itu PPS SJK (C) Kee Tee Long Lama setelah dibuka pada 15 September pada 3.30 petang dengan rasminya telah ditutup semalam pada 4.00 petang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Lawas terus pantau kawasan berisiko banjir di Merapok
Next: SFC ingatkan orang ramai waspada kemunculan buaya musim hujan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.