Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua pemain gantian bawa Arsenal raih kemenangan sulung
  • SUKAN

Dua pemain gantian bawa Arsenal raih kemenangan sulung

Utusan Sarawak 8 hours ago
GOL Martinelli cetus kebangkitan Arsenal di Bilbao.

BILBAO, Sepanyol: Dua pemain gantian Arsenal, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard muncul wira apabila meledak pada minit akhir untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Pasukan yang tewas di separuh akhir musim lalu itu memulakan kempen dengan langkah kanan di bumi Basque apabila menewaskan lawan dalam perlawanan sengit di Stadium San Mames, aksi pertama daripada lapan perlawanan peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Mikel Arteta yang memburu trofi utama pertama sejak 2020 dan kemenangan sulung UCL mereka, mengukuhkan pertahanan sebelum dua jaringan lewat perlawanan menjelmakan kemenangan.

Martinelli membuka tirai jaringan pada minit ke-72, hanya 36 saat selepas dimasukkan, sebelum Trossard menambah gol kedua pada minit ke-87, masing-masing saling membantu untuk mencipta jaringan.

“Kami mula berkembang sepanjang perlawanan. Pada babak kedua kami lebih lancar, mendominasi permainan, dan pemain gantian memberikan impak untuk kami meraih kemenangan.

“(Pemain gantian) sama penting, jika tidak lebih penting. Kami sudah bincangkan perkara itu, pemain penamat akan lebih penting musim ini berbanding kesebelasan utama, kerana kami mampu mengubah permainan apabila pasukan lawan mula mengendurkan tempo,” kata Arteta.

Athletic, yang kembali beraksi dalam saingan ini buat kali pertama selepas 11 tahun, bermula garang dengan sokongan padu penyokong tuan rumah.

Jurulatih mereka, Ernesto Valverde menurunkan keseluruhan barisan pemain yang melakukan penampilan sulung UCL, termasuk penyerang utama Inaki Williams tetapi tanpa adiknya, Nico Williams yang cedera.

Arsenal pula menurunkan empat pemain Sepanyol, termasuk dua pemain tengah dari Basque, Mikel Merino dan Martin Zubimendi yang pernah beraksi bersama Real Sociedad, musuh tradisi Athletic.

The Gunners yang kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Bukayo Saka, mula menguasai permainan menerusi pergerakan Viktor Gyokeres serta keazaman Noni Madueke di bahagian sayap kanan.

Arsenal yang memperkuatkan barisan mereka pada jendela perpindahan musim panas lalu, khususnya di bahagian serangan, ternyata meraih hasil positif di Bilbao. – AFP

Continue Reading

Previous: Mbappe sempurnakan dua penalti, selamatkan Madrid
Next: Penampilan sulung Isak bersama Liverpool berdepan Atletico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.