Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir kilat ragut 18 nyawa di Utara India
  • GLOBAL

Banjir kilat ragut 18 nyawa di Utara India

Utusan Sarawak 10 hours ago

BANGUNAN yang rosak kelihatan di sepanjang sungai Tamsa yang melimpah selepas kejadian hujan lebat secara tiba-tiba (cloudburst) di kawasan Sahastradhara, Dehradun, dalam negeri Uttarakhand, India pada 16 September 2025 lalu. Foto AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 18 maut selepas banjir kilat melanda utara India, sementara ramai lagi dilaporkan hilang di Uttarakhand selepas hujan lebat menyebabkan paras air sungai melimpah.

Bencana itu turut mengakibatkan kerosakan kepada jalan raya, jambatan, rumah dan hotel di beberapa kawasan di negeri berkenaan.

SEBUAH bangunan yang rosak kelihatan di sepanjang sungai Tamsa yang melimpah selepas kejadian hujan lebat secara tiba-tiba (cloudburst) di kawasan Sahastradhara, Dehradun, dalam negeri Uttarakhand, India pada 16 September 2025 lalu. Foto AFP

Media tempatan melaporkan 13 mangsa terbunuh di ibu negeri Dehradun, dua lagi di lokasi berasingan, manakala 16 masih hilang.

Dalam satu kejadian, mayat lapan daripada 12 penumpang sebuah traktor berjaya ditemukan di sungai.

SEBUAH bangunan kediaman dihujani batu-batu selepas kejadian hujan lebat secara tiba-tiba (cloudburst) di kawasan Sahastradhara, Dehradun, dalam negeri Uttarakhand, India pada 16 September 2025 lalu. Foto AFP

Di negeri bersempadan Himachal Pradesh, sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila sebuah rumah runtuh di daerah Mandi berikutan hujan lebat berterusan yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

Uttarakhand dan Himachal Pradesh bersama wilayah berdekatan Punjab serta Jammu dan Kashmir antara kawasan yang paling terjejas ketika monsun melanda kali ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Periuk gergasi nasi jollof Nigeria cipta rekod dunia Guinness
Next: Tesla disiasat susulan aduan pintu SUV gagal berfungsi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.