Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jejambat Bintulu capai 54 peratus siap, dijangka siap awal Jun 2026
  • TEMPATAN

Jejambat Bintulu capai 54 peratus siap, dijangka siap awal Jun 2026

Utusan Sarawak 12 hours ago
TUNJUK AJAR… Dr. Cassidy Morris ketika ditemui media selepas meninjau tapak projek pembinaan jejambat yang menghubungkan Jalan Medan Jaya dan Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu.

BINTULU: Projek pembinaan jejambat yang menghubungkan Jalan Medan Jaya dan Jalan Tun Hussein Onn di tengah bandar Bintulu kini mencatat kemajuan sebanyak 54 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun depan, lebih awal daripada tarikh asal iaitu November 2026.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr. Cassidy Morris, berkata keyakinan tersebut disandarkan kepada kerjasama erat antara JKR, kontraktor dan perunding, walaupun projek bernilai lebih RM137 juta itu menghadapi cabaran seperti pengalihan utiliti dan kelewatan semasa pandemik COVID-19.

“Kita tidak berpuas hati dengan perkembangan semasa, tetapi dengan tambahan tenaga kerja sehingga 200 orang serta arahan kerja malam, kita yakin projek ini boleh siap menjelang Jun tahun depan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek hari ini.

PANTAU PROGRES… Dr. Cassidy Morris bersama ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming meninjau kemajuan pembinaan jejambat Bintulu yang kini mencapai 54 peratus.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata projek tersebut amat ditunggu-tunggu oleh penduduk setempat memandangkan lokasinya menjadi nadi utama aliran trafik bandar Bintulu.

“Saya gembira apabila JKR memberi jaminan bahawa projek ini dipantau secara rapat termasuk laporan bulanan dengan bantuan dron. Saya berharap jadual baharu ini dapat dipatuhi sepenuhnya,” ujarnya.

Projek jejambat berkenaan dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan dijangka menjadi penyelesaian jangka panjang terhadap masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 20 kereta Grab sertai konvoi Hari Malaysia
Next: JKR Sarawak guna CCTV berteknologi AI pantau projek jejambat Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.