Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Miri mohon bantuan kenal pasti mayat lelaki ditemukan di Pantai Bakam
  • JENAYAH

Polis Miri mohon bantuan kenal pasti mayat lelaki ditemukan di Pantai Bakam

Utusan Sarawak 5 hours ago
LOGO Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUCHING: Polis Miri memohon bantuan orang ramai untuk mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan di persisiran pantai menuju ke Kampung Bakam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemukan.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat mempunyai tatu pada tangan kiri, tangan kanan dan bahagian belakang badan. Mayat disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Orang awam yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Tanjung Lobang Sjn Malina Kilat di talian 011-1201 7034, Balai Polis Tanjung Lobang di 085-437 290 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu pengecaman.

-BERNAMA

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pegawai imigresen simpan RM1.5 juta dalam Tabung Haji, ASB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.