Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat lagi ditemukan maut dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih
  • KEMALANGAN

Empat lagi ditemukan maut dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih

Utusan Sarawak 7 hours ago

EMPAT lagi mangsa ditemukan maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini, menjadikan angka korban kini meningkat kepada lima orang. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Empat lagi mangsa ditemukan maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini, menjadikan angka korban kini meningkat kepada lima orang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk setempat sedang mencari dua lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dalam kejadian itu.

“Sebanyak 11 mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu, manakala empat mangsa telah berjaya keluar dari runtuhan dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang ramai pada 10.02 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di tempat kejadian pada 10.24 pagi.

Orang ramai, katanya tidak digalakkan ke tempat kejadian pada masa ini kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Dalam kes berasingan, tiga lagi individu dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap rumah di Kampung Marahang Tuntul, dekat Papar, pagi tadi.

JBPM Sabah memaklumkan dua mangsa tertimbus itu telah dijumpai pihak penyelamat, namun nasib mereka belum diketahui.

“Kerja-kerja membawa keluar mangsa sedang dijalankan manakala seorang lagi mangsa belum dijumpai,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.20 pagi dan 16 anggota Balai Bomba Penyelamat Papar digegaskan ke lokasi terletak sejauh 13 kilometer.

-BERNAMA

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang maut, enam hilang kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu
Next: Sembilan maut dalam kejadian tanah runtuh di Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.