Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Futsal sempena Hari Malaysia, galak penglibatan aktif belia Tanjung Manis
  • SUKAN

Futsal sempena Hari Malaysia, galak penglibatan aktif belia Tanjung Manis

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK ALBUM…..Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab bergambar bersama Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah dan peserta pertandingan futsal di Gelanggang Futsal Belawai. Foto Pusat Khidmat Tanjong Manis 

BELAWAI: Pertandingan Futsal Tanjung Manis sempena Hari Malaysia 2025 disifatkan sebagai wadah penting melahirkan generasi belia sihat, cergas dan berdisiplin.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata futsal bukan sekadar permainan tetapi juga medan membentuk kerjasama berpasukan, semangat kesukanan dan karakter yang tidak mudah menyerah.

“Usaha murni sebegini amat penting dalam melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berdisiplin. 

“Futsal bukan sekadar permainan tetapi juga wadah untuk membina karakter, kerjasama berpasukan dan semangat tidak mudah menyerah,” katanya ketika berucap merasmikan pertandingan tersebut, semalam. 

Beliau turut mengingatkan para pemain agar menjadikan setiap perlawanan sebagai ruang untuk belajar, selain mengekalkan integriti serta hormat sesama lawan.

“Menang atau kalah adalah adat pertandingan. Perkara paling penting adalah semangat kesukanan yang tinggi, bersalaman sebelum dan selepas perlawanan, serta sentiasa bermain dengan penuh integriti dan hormat,” katanya.

Yusuf turut mengajak belia merenung kembali sejarah pembentukan Malaysia pada 1963 serta menekankan kepentingan Sarawak terus maju di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sarawak menjadi sebahagian daripada wilayah yang membentuk Malaysia sudah semestinya inginkan kemakmuran dan kemajuan dari segi infrastruktur dan pembangunan fizikal demi rakyatnya yang masih lagi memerlukan pembangunan,” katanya lagi. 

Beliau turut menekankan peranan belia sebagai harapan bangsa yang harus berjaya bukan sahaja dalam bidang sukan, malah dalam pendidikan dan kerjaya bagi membantu pembangunan negeri.

“Semoga adik-adik yang ada di sini berjaya di dalam pendidikan dan kerjaya selain sukan sebegini, supaya dapat membantu kami wakil rakyat untuk membangun negeri dan kawasan kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Gabungan Belia Tanjung Manis dan seluruh warga setempat kerana menerima kemudahan baharu iaitu gelanggang futsal berbumbung yang dinamakan sebagai Gelanggang Futsal Belawai dan bernilai RM487,000.

“Jagalah kebersihan dan keselamatan gelanggang futsal baharu ini dengan sebaik mungkin supaya memudahkan segala aktiviti kalian semua,” tambahnya.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Amorim enggan ubah taktikal, tetap pertahan taktikal 3-4-3 
Next: Larian Santai Hari Malaysia Satok Edisi 1.0 semarakkan jiwa patriotik komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.