Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AGC sahkan terima laporan penuh siasatan kes sitaan wang tunai Ismail Sabri
  • NASIONAL

AGC sahkan terima laporan penuh siasatan kes sitaan wang tunai Ismail Sabri

Utusan Sarawak 1 day ago
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah menerima laporan penuh siasatan berhubung sitaan sejumlah wang tunai yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan setiausaha politik beliau, Datuk Anuar Mohd Yunus.

Dalam satu kenyataan hari ini, AGC memaklumkan laporan siasatan berkenaan diterima pada 12 September lalu.

“Tindakan pelucuthakan harta kepada kerajaan Malaysia tanpa pendakwaan ke atas wang tunai tersebut telah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Jabatan ini menegaskan bahawa siasatan dan proses pelucuthakan harta serta pendakwaan jenayah merupakan dua aspek berbeza. Sehubungan itu, walaupun tindakan pelucuthakan telah dimulakan SPRM, laporan penuh siasatan akan diteliti secara menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

SPRM sebelum ini menyita wang tunai terbabit pada 20 Februari lalu.

AGC turut memaklumkan bahawa penelitian laporan akan dibuat dari pelbagai sudut, termasuk aspek keterangan dan elemen pembuktian kes, sebelum sebarang keputusan berhubung kemungkinan pendakwaan jenayah dibuat.

“Sebarang keputusan berkaitan kes ini akan dimaklumkan setelah proses penelitian selesai. Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap keputusan dibuat secara bebas, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

Pada 9 September lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata wang tunai hampir RM170 juta yang disita dan dipercayai milik Ismail Sabri kini telah menjadi hak kerajaan serta dimasukkan ke dalam akaun rasmi kerajaan.

Menurut beliau, perkara itu susulan keputusan responden iaitu Ismail Sabri yang tidak berhasrat mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berkenaan.

Continue Reading

Previous: PM Anwar ulangi jaminan harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter akhir bulan ini
Next: Anwar berlepas ke Doha malam ini, hadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.