Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kejadian tanah runtuh di Rumah Engkalat Spak
  • WILAYAH

Kejadian tanah runtuh di Rumah Engkalat Spak

Utusan Sarawak 22 hours ago
TANAH yang menggelongsor telah melimpah ke jalan utama sehingga menyekat sepenuhnya laluan penduduk di Rumah Engkalat Spak. Foto APM Betong

BETONG: Laluan utama di Rumah Engkalat Spak terputus selepas kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong menerima aduan berhubung kejadian itu daripada Tuai Rumah Jiram Entegar sekitar 7.45 pagi.

Bertindak pantas, APM Betong menghantar pasukan peninjau yang terdiri daripada tiga anggota bersama kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara, diketuai Prebet Sebastian Galing Undi.

TANAH yang menggelongsor telah melimpah ke jalan utama sehingga menyekat sepenuhnya laluan penduduk di Rumah Engkalat Spak. Foto APM Betong

Menurut APM Betong, setibanya di lokasi, pasukan mendapati tanah yang menggelongsor telah melimpah ke jalan utama sehingga menyekat sepenuhnya laluan penduduk. Hujan lebat berterusan dipercayai menjadi punca runtuhan.

“Pita amaran telah dipasang di kawasan runtuhan dan lokasi berisiko bagi mengelakkan penduduk terdedah kepada bahaya sekiranya hujan lebat kembali melanda,” jelasnya.

TANAH yang menggelongsor telah melimpah ke jalan utama sehingga menyekat sepenuhnya laluan penduduk di Rumah Engkalat Spak. Foto APM Betong

Selain itu, penduduk turut diberi peringatan supaya sentiasa berwaspada serta peka terhadap keadaan sekitar berikutan cuaca tidak menentu.

APM Betong memaklumkan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi talian 083-472861 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku sebarang insiden.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 200 peserta hadiri program CSR 13 RAMD di Kampung Serubah Ulu dan Ili
Next: Tanah susur akibat hujan lebat, Dr Abdul Rahman tinjau dua kampung terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.