Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 200 peserta hadiri program CSR 13 RAMD di Kampung Serubah Ulu dan Ili
  • Selatan
  • WILAYAH

200 peserta hadiri program CSR 13 RAMD di Kampung Serubah Ulu dan Ili

Utusan Sarawak 20 hours ago

PROGRAM CSR Batalion 13 RAMD bersama penduduk Kampung Serubah Ulu dan Serubah Ili, Sungai Lemanak, semalam. Foto: Batalion 13 RAMD

LUBOK ANTU: Lebih 200 peserta telah memeriahkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) bersama penduduk Kampung Serubah Ulu dan Serubah Ili, Sungai Lemanak, semalam.

Program julung kali yang dianjurkan oleh Kompeni Alpha itu mengetengahkan konsep Hari Keluarga dengan pelbagai aktiviti riadah dan kerjasama komuniti, sekali gus menjadi wadah penyatuan warga tentera dan masyarakat setempat.

PROGRAM CSR Batalion 13 RAMD bersama penduduk Kampung Serubah Ulu dan Serubah Ili, Sungai Lemanak, semalam. Foto: Batalion 13 RAMD

Turut menyerikan acara ialah kerjasama strategik daripada Restoran Tandang Sari yang menyediakan juadah makan tengah hari serta Pasaraya Super Save yang menaja hadiah-hadiah cabutan bertuah, mencerminkan sokongan sektor korporat terhadap usaha membina komuniti harmoni.

Sukaneka menjadi tumpuan dengan penyertaan aktif penduduk dan anggota tentera, mencetus suasana ceria serta mengeratkan lagi silaturahim melalui semangat kesukanan dan kebersamaan.

Pegawai Memerintah 13 RAMD, Leftenan Kolonel Firdaus Umar, turut turun padang menyantuni masyarakat serta menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang seiring dengan teras keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30, iaitu ‘Gagasan Tentera dan Rakyat’.

PROGRAM CSR Batalion 13 RAMD bersama penduduk Kampung Serubah Ulu dan Serubah Ili, Sungai Lemanak, semalam. Foto: Batalion 13 RAMD

Menurut pihak penganjur, program ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dua hala antara tentera dan rakyat, selain mendidik generasi muda mengenai erti perpaduan, kerjasama, serta rasa syukur dalam kehidupan bermasyarakat.

Acara penuh kemeriahan itu melabuhkan tirai dengan sesi cabutan bertuah dan acara bergambar bersama, meninggalkan kenangan bermakna buat lebih 200 peserta yang hadir.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Larian Amal PERKATA 2025 raih RM24,000 bantu anak-anak berkeperluan khas
Next: Kejadian tanah runtuh di Rumah Engkalat Spak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.